http://www.glitter-graphics.com/graphics/214107MoNEy HoNey

LaLalovy Guests ♥

2 online guests. Welcome to Lalalovy's blog.

Thursday, February 23, 2017

21, be mine !


Assalamualaikum. Hampir 3 tahun saya meninggalkan jejak kaki di blog. Dan malam ni tetiba pulak rasa nak menulis sesuatu untuk di jadikan memori sepanjang hayat.

Saya percaya, angka 21 membawa tuah dalam hidup saya. Terus terang saya katakan, hampir setiap kata kunci pasti ada 21. ( sekarang tidak lagi, jangan coba2 ya ). Akhirnya, angka 21 membawa tuah kepada saya.

Ada apa dengan 21 ?

Tanggal 21 Oktober 2016.
Diri ini dirisik oleh seorang lelaki yang hadirnya seperti mimpi. Setiap wanita di dunia ini, pasti ada crush, secret admirer dan sebagainya. Siapa sangka, lelaki yang hadirnya dalam mimpi, bawa keluarganya datang merisik diri ini. Alhamdulillah, syukur.

21 Februari 2017
Kami menghadiri kursus perkahwinan bersama. Rasa jantung ni bagai nak gugur memandangnya yang kadang-kadang hampir terlelap mendengar ceramah tentang alam perkahwinan. Kadag-kadang, anak mata liar memandangnya yang kunyuk mendengar. Geli hati melihat gelagatnya. Allah, apakah perasaan yang hadir ini?

21 March 2017.
Tarikh lahir saya, dan kami bakal melangsungkan perkahwinan pada tarikh tersebut. Itu lah dia kuasa nombor yang saya percaya membawa tuah dalam diri saya. Mungkin ianya  hanya kebetulan, tapi saya yakin, ada cerita di sebalik nombor yang membawa saya melihat dunia ini.

Next post, saya akan ceritakan bagaimana persiapan perkahwinan kami, tips untuk yang bakal berkahwin, yang sedang bercinta, yang selalu heartbroken maca saya dan juga my dream wedding.

Sesungguhnya  yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang kurang itiu dari khilaf saya.